Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMANASIONAL150 anggota polis ditugaskan untuk majlis pecah tanah masjid hari ini

150 anggota polis ditugaskan untuk majlis pecah tanah masjid hari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Seramai 150 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditugaskan bagi memastikan kelancaran majlis pecah tanah dan peletakan batu asas pembinaan Masjid Madani di tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, Jalan Masjid India, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa, berkata kawalan keselamatan yang dijalankan adalah sama seperti majlis-majlis perasmian lain sebelum ini.

“Kawalan atau persediaan anggota adalah sama sahaja seperti majlis perasmian yang berlangsung sebelum-sebelum ini.

“Kita tugaskan seramai 150 anggota untuk bersiap siaga bagi memantau situasi di lokasi tersebut,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa program pecah tanah Masjid Madani di Jalan Masjid India tetap akan diteruskan seperti yang dijadualkan hari ini.

Menurut beliau, masjid baharu itu diperlukan untuk menampung keperluan umat Islam yang mahu beribadah di kawasan yang semakin sesak.

Pada 20 Mac lalu, media melaporkan bahawa proses perbincangan mengenai perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak di atas tanah milik Jakel Group berjalan dengan baik antara pihak syarikat, pengurusan kuil dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd. Sharif, menjelaskan bahawa DBKL bertindak sebagai pemudah cara dalam memastikan urusan perpindahan kuil dari tanah swasta ke lokasi baharu dapat diselesaikan dengan baik.

Majlis pecah tanah ini dijangka dihadiri pelbagai pihak termasuk pemimpin kerajaan, wakil-wakil komuniti setempat serta badan bukan kerajaan (NGO) yang berkepentingan dalam pembangunan infrastruktur keagamaan di ibu kota.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN