Khamis | 15/10/2026 | 11:03:15 pm
HomeSemasaPempengaruh permotoran hilang, kereta ditemui dalam sungai

Pempengaruh permotoran hilang, kereta ditemui dalam sungai

MUAR – Seorang pempengaruh permotoran yang dikenali sebagai Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 atau lebih mesra disapa Ija Nizaruddin, dikhuatiri lemas selepas kereta yang dipandunya terbabas ke dalam Sungai Kampung Tui, berhampiran Jambatan Kampung Kecil di Jalan Bukit Kepong, Johor pada Isnin lalu.

Mangsa yang memandu sebuah Perodua Axia dilaporkan keluar dari kediamannya di Jalan Setia Indah, Johor Bahru sekitar jam 12 tengah hari dengan tujuan ke bengkel rakannya di Parit Jawa. Beliau sempat berhubung dengan keluarganya sehingga jam 4 petang, sebelum gagal dihubungi selepas itu.

Bimbang dengan kehilangan tersebut, ahli keluarga menggunakan sistem GPS untuk menjejak lokasi terakhir dan mendapati kedudukan terakhir kenderaannya berada di sekitar Jalan Bukit Kepong-Labis.

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|