WUG Rhine-Ruhr 2025: Azeem cipta sejarah, selangkah mara ke ‘final’ 100m

RHINE-RUHR, JERMAN – Bintang pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi kini tinggal selangkah untuk mencipta sejarah sebagai pelari Malaysia pertama mara ke pentas akhir acara 100 meter (m) lelaki pada temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025.

Dalam aksi saringan yang berlangsung awal pagi tadi di Lohrheidestadion, Azeem, 21, menepati ramalan apabila menjuarai saringan ketujuh dengan catatan masa 10.57 saat (s) meskipun berdepan cuaca hujan dan angin kuat.

Pelari kelahiran Teluk Intan, Perak itu menewaskan dua pencabar terdekatnya, Joeljin Nwamadi dari Korea Selatan (10.61s) dan pelari Kanada, Nikolas Dowhos (10.72s), sekali gus menempah slot ke separuh akhir acara riben biru berprestij itu.

Azeem, yang kini menuntut di Universiti Auburn, Amerika Syarikat, bakal berentap dengan pelari sensasi Afrika Selatan, Bayanda Joy Walaza, yang memiliki rekod peribadi luar biasa 9.94s dalam saingan separuh akhir ketiga pada pukul 2.10 pagi nanti (waktu Malaysia).

Berdasarkan statistik, Azeem yang merupakan pemegang rekod kebangsaan 100m (10.09s), tidak sepatutnya berdepan masalah besar untuk muncul antara dua terbaik di peringkat separuh akhir, selain memiliki catatan terbaik tahunan 10.20s.

Azeem dan Walaza merupakan dua pelari dengan rekod peribadi serta prestasi tahunan terbaik berbanding enam lagi pelari lain dalam separuh akhir ketiga.

Sekiranya gagal menduduki dua tempat teratas, Azeem masih berpeluang ke final dengan syarat berada dalam kelompok dua pelari terpantas dari keseluruhan tiga pusingan separuh akhir.

Sebagai rekod, perlumbaan akhir dijadual berlangsung pada pukul 3.40 pagi hari yang sama.

Azeem sebelum ini meraih pingat gangsa dalam acara sama pada Sukan Asia Hangzhou dan kini berpotensi mengukir nama dalam sejarah olahraga tanah air di pentas dunia.

BACA JUGA:  Tujuh pingat jadi sasaran Malaysia di WUG 2025
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...