Selasa | 06/10/2026 | 8:07:42 am
HomeDuniaRussell akhirnya jejak Sepang, litar kegemaran sejak zaman kanak-kanak

Russell akhirnya jejak Sepang, litar kegemaran sejak zaman kanak-kanak

KUALA LUMPUR – Pengalaman berlumba di Litar Antarabangsa Sepang menerusi permainan PlayStation sejak kecil menjadi antara bekalan buat pelumba Mercedes-AMG Petronas, George Russell, menjelang penampilan sulungnya di litar berkenaan hujung minggu ini.

Russell berkata, Sepang merupakan litar kegemarannya ketika membesar dan dia berharap pengalaman tersebut dapat membantunya menyesuaikan diri dengan litar sebenar dengan lebih pantas.

“Ini kali pertama kami berlumba di Sepang dan ia sebenarnya litar kegemaran saya ketika kecil apabila saya sering memandunya menerusi PlayStation.

“Jadi, saya sangat tidak sabar untuk kembali ke sini dan berharap pengalaman menggunakan alat kawalan itu dapat membantu saya menjadi lebih pantas hujung minggu ini,” katanya pada sidang media hari ini.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|