Kim Soo Hyun dikecam hebat gara-gara skandal dengan mendiang Kim Sae Ron

Foto Kim Soo Hyun


SEOUL – Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Soo Hyun, 37, kini berdepan kecaman hebat di media sosial selepas skandalnya dengan mendiang Kim Sae Ron terbongkar beberapa hari lalu.
Rata-rata peminat meluahkan kekecewaan mereka terhadap bintang Queen of Tears itu, malah ada yang mendesak agar namanya digugurkan daripada semua projek yang sedang berjalan.
Kemarahan ini tercetus apabila Soo Hyun didakwa menjalin hubungan dengan Sae Ron ketika mendiang baru berusia 15 tahun, manakala Soo Hyun ketika itu berumur 27 tahun. Pendedahan mengejutkan ini dibuat oleh keluarga mendiang melalui saluran YouTube Garo Sero Institute, yang turut mendedahkan bukti foto intim pasangan itu.
Bagaimanapun, agensi Soo Hyun, Gold Medalist, segera menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui niat sebenar di sebalik pendedahan keluarga mendiang.
Keadaan semakin hangat apabila Soo Hyun turut didakwa menjadi punca kepada kematian tragis Sae Ron pada 16 Februari lalu.
Keluarga mendiang turut mendedahkan teks mesej Sae Ron yang merayu kepada Soo Hyun untuk memberi masa kepadanya bagi membayar semula hutang berjumlah RM2.3 juta selepas menerima surat saman daripada Gold Medalist.
Menurut mesej tersebut, Sae Ron berjanji akan membayar hutang itu secara berperingkat menggunakan pendapatan daripada projek-projek seninya. Namun, Soo Hyun dikatakan tidak memberikan sebarang maklum balas.
Sebelum ini, Gold Medalist pernah membantu membayar saman RM2.3 juta yang dikenakan terhadap Sae Ron selepas dia terlibat dalam kes memandu dalam keadaan mabuk.
Tragedi pemergian Kim Sae Ron pada Februari lalu benar-benar mengejutkan industri hiburan Korea. Mendiang ditemui meninggal dunia di kediamannya di Seongsu-dong, timur Seoul, oleh rakannya.
Sehingga kini, Kim Soo Hyun masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung skandal ini.
BACA JUGA:  Baru bebas lepas ikat jamin, pemandu lori batu ditahan semula kes curi lembu
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...