Papan tanda jalan Bahasa Cina akan diganti dengan versi dwibahasa

PORT DICKSON – Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) akan menggantikan papan tanda jalan dalam bahasa Cina di Kampung Sungai Nipah dengan papan tanda dwibahasa yang mengutamakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid, berkata tindakan itu melibatkan sekurang-kurangnya 16 papan tanda yang telah dipasang sejak Januari 2018 tanpa sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan atau pejabat daerah.

“Pemasangan papan tanda ini dibuat oleh kepimpinan kampung serta sukarelawan kerana kawasan ini sering dikunjungi pelancong dari China yang berminat mengetahui sejarah penularan virus Nipah pada tahun 1999.

“Namun begitu, ia tidak dimaklumkan kepada MPPD dan tiada kelulusan rasmi. Oleh itu, papan tanda tersebut akan ditanggalkan dan digantikan dengan papan tanda baharu yang menampilkan tulisan Bahasa Melayu lebih besar daripada bahasa kedua,” katanya kepada media.

Hasnor turut menjelaskan bahawa keputusan ini hanya melibatkan Kampung Sungai Nipah sahaja, dan mana-mana kawasan lain yang ingin memasang papan tanda dwibahasa perlu mengemukakan permohonan dan mendapatkan kelulusan MPPD terlebih dahulu.

Terdahulu, isu papan tanda jalan dalam bahasa Cina itu menjadi tular dan menimbulkan reaksi pelbagai pihak. Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia turut menyatakan kekesalan terhadap kewujudan papan tanda tersebut yang didakwa mengabaikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

MPPD menegaskan bahawa penggunaan dwibahasa dibenarkan, namun Bahasa Melayu wajib diutamakan mengikut peruntukan undang-undang dan dasar kerajaan.

BACA JUGA:  Rakaman wanita jatuh dari kereta tular, polis minta saksi tampil
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...