Tengku Zafrul calon tunggal Presiden BAM, pemilihan Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kekal sebagai calon tunggal bagi jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi penggal 2025 hingga 2029 menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dijadual berlangsung Sabtu ini.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh, berkata sehingga kini tiada pencalonan lain diterima untuk jawatan tersebut, namun proses pencalonan masih dibuka mengikut Perlembagaan BAM sehingga hari pemilihan berlangsung.

“Buat masa ini, calon untuk jawatan presiden hanya Tengku Zafrul. Tiada pencalonan tambahan setakat ini, dan begitu juga untuk jawatan naib presiden dan timbalan presiden,” katanya kepada media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini.

Terdahulu pada bulan Mac, Pemangku Presiden BAM, Datuk V. Subramaniam, mengumumkan bahawa majoriti ahli majlis BAM telah bersetuju mencalonkan Tengku Zafrul untuk menerajui BAM, menyifatkan beliau sebagai calon terbaik bagi memastikan kepimpinan persatuan terus kukuh dan stabil.

Sebelum ini, pada awal tahun lalu, Tengku Zafrul hampir dilantik sebagai Presiden BAM menggantikan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang bercadang untuk berundur. Namun, permintaan daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menyebabkan Norza menangguhkan peletakan jawatan sehingga tamat Sukan Olimpik Paris 2024.

Selepas temasya tersebut, BAM melantik Subramaniam sebagai pemangku Presiden hingga AGM berlangsung Mei ini.

Sementara itu, Datuk Seri Khairudin Abd Samad turut pernah menawarkan diri untuk mengisi jawatan Presiden berdasarkan pengalamannya sebagai Naib Presiden BAM sejak 2017 dan Presiden Persatuan Badminton Putrajaya (PjBA) selama 15 tahun.

Dalam perkembangan berasingan, Kenny memaklumkan bahawa BAM masih menilai masa depan pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, dan akan membuat keputusan mengenai lanjutan kontrak mereka selepas kejohanan terdekat.

BACA JUGA:  Tengku Zafrul dilantik presiden baharu BAM ke-13

“Kontrak Pearly-Thinaah sedang diperhalusi. Mereka ada kejohanan dalam masa terdekat, jadi kami beri mereka ruang sebelum buat keputusan,” katanya.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...