Selebriti terkenal akan didakwa Selasa ini atas kes amang seksual terhadap remaja

KUALA LUMPUR – Seorang selebriti terkenal yang sebelum ini ditahan berhubung kes amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun akan dihadapkan ke mahkamah Selasa depan bagi menghadapi pertuduhan rasmi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Pejabat Pendakwaraya Selangor telah mengeluarkan arahan untuk menuduh suspek di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792) kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Pertuduhan akan dilakukan pada 17 Jun (Selasa) di Mahkamah Petaling Jaya. Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam memastikan keadilan ditegakkan serta menjalankan siasatan secara teliti demi melindungi hak mangsa dan menjamin ketelusan proses perundangan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, MYBERITA melaporkan bahawa selebriti terbabit didakwa baru pertama kali membawa mangsa ke sebuah hotel di Selangor, selepas perkenalan selama kira-kira dua bulan. Hasil soal siasat mendapati mereka berkenalan baru-baru ini sebelum insiden itu berlaku.

Suspek ditahan oleh pihak polis pada 3 Jun lalu bagi membantu siasatan, namun kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya direkodkan.

Kes ini telah menarik perhatian ramai, khususnya berkaitan isu keselamatan remaja dan tanggungjawab awam dalam melindungi golongan bawah umur daripada eksploitasi.

PDRM memberi jaminan bahawa siasatan kes ini dikendalikan secara profesional dan semua pihak yang terlibat akan dibawa ke muka pengadilan mengikut lunas undang-undang.

BACA JUGA:  \"Terima kasih atas khidmat bakti yang amat bermakna\" - PM Anwar
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...