Isnin | 26/10/2026 | 7:31:11 pm
HomeNasionalBayi maut didakwa dihentak ke dinding, ditekup bantal

Bayi maut didakwa dihentak ke dinding, ditekup bantal

KUALA LUMPUR – Pemergian seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang dipercayai menjadi mangsa penderaan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak dalam kawasan Hospital Seberang Jaya di sini, mengundang simpati dan kemarahan orang ramai.

Bayi, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, dilaporkan meninggal dunia selepas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di taska berkenaan.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang wanita yang dipercayai nenek saudara mangsa meluahkan rasa kesal terhadap tindakan kejam pengasuh yang didakwa mendera bayi berkenaan.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Isnin, 26 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|