Selasa, 8 Julai 2025
UTAMATERKINITragedi UPSI: Adik tercampak keluar bas masih trauma, abang terkejut lihat gambar...

Tragedi UPSI: Adik tercampak keluar bas masih trauma, abang terkejut lihat gambar di Facebook

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang daripada mangsa yang terselamat dalam nahas bas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi masih mengalami trauma, menurut ahli keluarganya.

Muhamad Najmi Kamarudin, abang kepada mangsa, Abdul Wafiy Kamarudin, memaklumkan bahawa adiknya kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Gerik selepas mengalami kecederaan dalam kejadian itu.

“Awal pagi tadi saya tengok berita di Facebook, kebetulan ada orang kongsi gambar dan maklumat tentang kemalangan. Saya terkejut sebab saya tahu adik saya ada dalam bas tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita.

Menurutnya, Abdul Wafiy yang merupakan pelajar semester keenam jurusan Pendidikan Seni di UPSI, berada dalam keadaan terkejut tetapi masih mampu berkomunikasi.

“Dia kata dia okey, tapi bila dapat panggilan daripadanya… muka dia merah, ada bengkak, dan dia maklumkan yang dia tercampak keluar dari bas. Ketika kejadian, dia duduk di bahagian belakang,” tambah Najmi.

Dalam perkembangan sama, pihak UPSI dalam satu kenyataan rasmi memaklumkan mereka telah menerima laporan mengenai kemalangan tersebut yang berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding, Gerik.

Pihak universiti sedang mengambil tindakan susulan dan telah menubuhkan bilik gerakan khas untuk menyalurkan maklumat semasa serta membantu waris yang terkesan.

Nahas tragis itu mengorbankan sekurang-kurangnya 15 nyawa, termasuk pelajar UPSI dan penumpang kenderaan jenis Perodua Alza yang turut terlibat dalam perlanggaran berkenaan.

Setakat ini, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN