Ahad, 20 Julai 2025
UTAMANASIONALAfdlin tak malu dengan gelaran pelawak

Afdlin tak malu dengan gelaran pelawak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua PKR Setiawangsa, Afdlin Shauki meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang merujuk kerjayanya sebagai “pelawak profesional” untuk mempertikaikan kelayakannya dalam politik.

Menurut Afdlin, kenyataan itu tidak wajar kerana kerjaya seninya sebagai pelawak, pengarah, penulis dan aktivis sosial adalah sebahagian daripada identiti dan sumber rezekinya sejak sekian lama.

“Saya tidak malu dengan gelaran pelawak dan juga pengarah, penerbit, penulis, pendidik, dan aktivis sosial. Itu semua adalah kerjaya yang saya banggakan.

“Tetapi apabila label itu digunakan untuk mempertikai kelayakan dan mandat kepimpinan yang diberikan oleh akar umbi, ia membawa maksud yang lain – seolah-olah suara ahli yang memilih saya tidak patut dihormati hanya kerana saya bukan ‘produk politik’,” katanya dalam kenyataan semalam.

Afdlin berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Rafizi dalam podcast ‘Yang Bakar Menteri’ yang mempertikaikan kemenangan beberapa Ketua Cabang PKR, termasuk dirinya, dan menyifatkan mereka sebagai “pelawak profesional”.

Dalam pemilihan cabang PKR Setiawangsa baru-baru ini, Afdlin berjaya menewaskan penyandang, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dengan memperoleh 631 undi berbanding 563 undi.

Afdlin menegaskan bahawa sokongan yang diterimanya adalah bukti kepercayaan akar umbi terhadap pembaharuan dalam parti, tanpa mengira latar belakang kerjaya seseorang.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA