Ahad, 20 Julai 2025
UTAMANASIONALAgong berkenan kunjungi bazar Ramadan Bangsar

Agong berkenan kunjungi bazar Ramadan Bangsar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengunjungi Bazar Ramadan di kawasan Jalan Telawi, Bangsar, di ibu negara pada Sabtu.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke bazar tersebut menarik perhatian ramai, di mana baginda meluangkan kira-kira 20 minit untuk menyantuni para peniaga serta membeli juadah berbuka puasa bersama kakitangan Istana Negara.

Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Selain mengunjungi bazar Ramadan, Sultan Ibrahim turut berkenan berangkat ke Bangsar Shopping Centre (BSC) bagi membeli-belah.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke pusat membeli-belah itu nyata mengujakan para pengunjung, yang tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar bersama baginda.

Perkara itu turut dikongsi menerusi satu kenyataan di laman Facebook, yang memaparkan suasana mesra antara Seri Paduka Baginda dengan rakyat jelata.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA