Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMANASIONALAgong terima menghadap Ketua Polis Negara baharu

Agong terima menghadap Ketua Polis Negara baharu

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di Johor.

Pertemuan tersebut merupakan kunjungan hormat rasmi pertama Mohd. Khalid kepada Seri Paduka Baginda sejak dilantik menerajui Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Ketua Polis Negara ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara daripada perkhidmatan.

Mohd. Khalid hadir menghadap Seri Paduka Baginda yang juga merupakan Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat PDRM di Johor Bahru.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar.

Pelantikan Mohd. Khalid disambut dengan penuh penghormatan, mencerminkan komitmen berterusan institusi diraja terhadap keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN