Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMANASIONALAgong tunai bayaran zakat RM10 juta

Agong tunai bayaran zakat RM10 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menunaikan bayaran zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini dalam satu majlis di Istana Pasir Pelangi, pada Selasa.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda yang turut memuat naik beberapa keping gambar ketika baginda melafazkan pembayaran zakat harta.

Cek zakat berjumlah RM10 juta itu diserahkan oleh Seri Paduka Baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Hasrin Kamal Hashim.

Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad serta Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Nasri Md Ali.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN