Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAMAHKAMAHAhli keluarga Syed Saddiq hadir awal di mahkamah untuk pendengaran rayuan

Ahli keluarga Syed Saddiq hadir awal di mahkamah untuk pendengaran rayuan

- Advertisement -
Kedua-dua ibu bapa Syed Saddiq, Syed Abdul Rahman Abdullah dan Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz hadir bersama tiga lagi anak mereka. (Foto Utusan Kamariah Khalidi)


PUTRAJAYA – Ahli keluarga Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat tiba seawal pukul 8 pagi di Istana Kehakiman di sini bagi mengikuti pendengaran rayuan membabitkan Ahli Parlimen Muar itu.
 
Kedua-dua ibu bapa Syed Saddiq, Syed Abdul Rahman Abdullah dan Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz hadir bersama tiga lagi anak mereka. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa ahli serta pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) di pekarangan mahkamah.
 
Turut hadir bagi memberikan sokongan adalah pemangku Presiden Muda, Amira Aisya Abdul Aziz serta bekas Ketua Penerangan parti itu, Luqman Long.
 
Media melaporkan bahawa pendengaran rayuan Syed Saddiq terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang dihadapinya akan berlangsung di Mahkamah Rayuan di sini hari ini.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN