Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMASEMASA“Aku malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri”, Jojo luah rasa kecewa...

“Aku malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri”, Jojo luah rasa kecewa komen negatif peminat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo, atlet Muay Thai negara, menyuarakan rasa kecewa terhadap segelintir peminat sukan itu yang melemparkan komen negatif terhadap dirinya susulan kekalahannya dalam aksi One Fight Night 32 di Stadium Lumpinee, Bangkok, malam semalam.

Jojo tewas dalam pertarungan menentang wakil Colombia-Amerika Syarikat, Diego Paez, sekaligus mencatatkan kekalahan kedua dalam kariernya.

Dalam satu hantaran di Instagram, Jojo meluahkan rasa kesal terhadap rakyat Malaysia yang memberikan komen tidak baik kepadanya.

“Korang jangan harap la nak buat aku koyak dengan komen-komen bahalol korang, tapi aku malu, malu dengan mentaliti sampah orang aku sendiri,” katanya.

Jojo menegaskan bahawa dia tidak mudah terkesan dengan komen negatif, namun perangai segelintir peminat itu membuatkan dia rasa malu.

Tambahnya lagi, bermula sekarang, dia hanya akan memfokuskan kepada diri sendiri dan mereka yang benar-benar menyokong perjuangannya.

“Bermula dari sekarang aku hanya mementingkan diri aku sendiri dan orang yang betul-betul ‘support’ aku,” ujarnya.

Di ruangan komen hantaran tersebut, netizen memberikan pelbagai reaksi menyokong Jojo.

Seorang pengguna, @Assapiko berkata, “Relax Jojo, abai je semua tu. ‘Time’ naik orang sanjung time jatuh orang kutuk tu macam lumrah pulak ek. Jalan terus bro. Ada ramai lagi Malaysian yang ‘support’ kau.”

Sementara itu, @Muhammadaizatismail pula berseloroh, “Relax lah Jojo dengan mulut orang Malaysia. Israel pun koyak kena hentam dengan orang Malaysia.”

Manakala @Mohdady_0708 memberikan kata-kata semangat, “Kena paham kelas berat Jojo ni ‘fighter’ semua padu-padu. Split decision pun kira hebat la umur baru 18 tahun. Abaikan je yang toksik, teruskan berjuang Jojo.”

Jojo kini dilihat akan terus berjuang dan memperbaiki diri demi mencipta kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang, dengan sokongan padu daripada peminat setianya.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN