Khamis, 17 Julai 2025
UTAMASEMASAAliran trafik lebuh raya lancar pagi ini, perantau mula pulang ke ibu...

Aliran trafik lebuh raya lancar pagi ini, perantau mula pulang ke ibu negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar pagi ini berikutan kebanyakan perantau mula pulang ke ibu negara selepas cuti perayaan Aidilfitri akan berakhir.

Keadaan trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dan lebuh raya utama lain tidak mengalami kesesakan ketara berbanding hari-hari sebelumnya yang menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan.

Kebanyakan pengguna lebuh raya dijangka memilih untuk pulang pada hari Khamis atau pada hujung minggu ini, menyebabkan pergerakan trafik lebih terkawal hari ini.

Menerusi tinjaun MYBERITA setakat jam 9 pagi, aliran trafik dari arah utara dan selatan menuju ke ibu negara berada dalam keadaan baik tanpa sebarang insiden yang boleh menyebabkan kesesakan panjang.

Sementara itu, tinjauan di beberapa laluan utama di sekitar Lembah Klang seperti Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) turut menunjukkan kelancaran lalu lintas, walaupun terdapat sedikit peningkatan kenderaan pada waktu puncak pagi.

Orang ramai dinasihatkan agar terus mematuhi peraturan lalu lintas dan merancang perjalanan dengan baik bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN