Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALAliran trafik mula sesak ke utara sempena Aidilfitri

Aliran trafik mula sesak ke utara sempena Aidilfitri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Aliran trafik menghala ke utara Semenanjung dilaporkan mulai sesak berikutan pertambahan jumlah kenderaan perantau yang ingin pulang ke kampung sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Tinjauan MYBERITA menerusi paparan televisyen litar tertutup (CCTV) di laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati kesesakan ketara berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan, khususnya dari Seremban ke Nilai, setakat jam 1.40 petang tadi.

Sementara itu, pergerakan trafik dari Kulai ke Senai turut dilaporkan perlahan berikutan peningkatan jumlah kenderaan.

Bagi aliran trafik ke Pantai Timur, LLM memaklumkan bahawa pergerakan kenderaan di kedua-dua arah sepanjang Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak masih lancar setakat jam 1.30 petang.

LLM turut menasihatkan pengguna jalan raya agar merancang perjalanan mereka dengan baik serta memastikan kenderaan diselenggara sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan di jalan raya.

Orang ramai boleh mendapatkan kemas kini terkini mengenai keadaan trafik menerusi laman rasmi LLM atau media sosial agensi tersebut.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN