Selasa, 8 Julai 2025
UTAMANASIONALAmaran ribut petir dan hujan lebat di 7 negeri sehingga tengahari ini

Amaran ribut petir dan hujan lebat di 7 negeri sehingga tengahari ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Dalam satu kenyataan rasmi, MetMalaysia memaklumkan bahawa cuaca buruk itu diramalkan melibatkan negeri Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Pahang, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Manakala di Selangor, antara daerah terlibat ialah Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

“Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka pula diramal mengalami hujan lebat dalam tempoh amaran tersebut,” menurut kenyataan itu.

Tambah MetMalaysia, ribut petir turut diramalkan berlaku di Johor, khususnya melibatkan daerah Tangkak, Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan merujuk laman rasmi MetMalaysia atau aplikasi MyCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan ramalan cuaca dan sebarang perkembangan lanjut.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN