Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAHIBURANAmeera Khan berang tuduhan melampau netizen sentuh hal peribadi

Ameera Khan berang tuduhan melampau netizen sentuh hal peribadi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Model dan pempengaruh media sosial, Ameera Khan, 24, meluahkan rasa kurang senang terhadap dakwaan melampau netizen yang menyentuh hal peribadinya, termasuk tuduhan menjalin hubungan intim dengan kekasih, menerusi satu hantaran di Instagram Story (IGs).

Ameera, atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, tampil memberikan respon terhadap komen negatif yang dilemparkan berhubung hubungannya dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol.

“Kami ‘sleep call’ hampir setiap malam. Walaupun tidak tidur, kami sentiasa berhubung. Panggilan jarang sekali terputus,” ujar Ameera yang juga adik kepada selebriti popular, Neelofa.

Dalam hantaran sama, Ameera turut menegur netizen agar lebih berhati-hati sebelum mengajukan sebarang soalan yang boleh menyinggung perasaan.

“Kak, usia dah matang jadi eloklah elakkan tanya soalan yang tidak wajar atau nampak kurang bijak, ya?” katanya.

Ameera dan Jefri Nichol masih meneruskan hubungan cinta mereka, meskipun sebelum ini timbul spekulasi yang mendakwa hubungan tersebut sudah berakhir.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN