Isnin, 21 Julai 2025
UTAMAHIBURANAnak dara Che Ta dipuji netizen, rajin kemas bilik sendiri

Anak dara Che Ta dipuji netizen, rajin kemas bilik sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anak kepada pelakon terkenal Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana mencuri perhatian netizen selepas tular video dirinya mengemas bilik tidur sendiri tanpa bantuan ibu bapa atau pembantu rumah.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 52, memaparkan Aaisyah yang berusia 11 tahun sedang memegang penyapu dan membersihkan bilik tidur sejurus bangun pagi.

Menurut Che Ta, dia tidak mampu membantu anak bongsunya itu kerana sedang mengalami demam dan tidak sihat sejak tiga hari lalu.

“‘Maid in Manhattan’. Nak bilik besar sangat kan, kena kemas sendiri lah. Saya pula demam, tiga hari tak bangun. Dialah kena ambil alih tugas saya,” tulisnya berseloroh di kapsyen video tersebut.

@rozitachewan1 Maid in manhattan🤪 Nak bilik besaq sangat kan, kena kemaih seniqi la😝 Mummy plk demam , 3 haqi dh tak mangkit , dia la kena ambik alih tugas mummy 🤗 . #aaisyahdhiarana #kaftancheta #cheta #rozitachewan ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

Tindakan spontan Aaisyah yang tidak merungut dan hanya tersenyum ketika melakukan kerja rumah itu menerima pujian ramai netizen yang kagum dengan cara didikan Che Ta terhadap anaknya walaupun hidup dalam kemewahan.

Ramai pengguna media sosial memuji usaha Che Ta mendidik anak agar berdikari, malah menyifatkan Aaisyah sebagai matang dan berdisiplin sejak kecil.

“Bijak Che Ta ajar anak. Tak manjakan sangat, bagus untuk bentuk disiplin,” komen seorang pengguna TikTok.

“Tak sangka anak selebriti pun tahu ambil penyapu dan kemas bilik, baguslah Che Ta tak manjakan sangat,” kata seorang lagi.

Untuk rekod, Che Ta mendirikan rumah tangga dengan pelakon Zain Saidin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA