- Advertisement -
 |
Beberapa anggota polis dilihat membantu seorang warga emas yang bertongkat setelah diturunkan oleh bas kerana kenderaan tersebut tidak dapat memasuki kawasan rumahnya. |
KUALA LUMPUR – Sikap prihatin anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membantu seorang lelaki warga emas pulang ke rumahnya telah menyentuh hati ramai.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh pengguna @Shahrul_matown, beberapa anggota polis dilihat membantu seorang warga emas yang bertongkat setelah diturunkan oleh bas kerana kenderaan tersebut tidak dapat memasuki kawasan rumahnya.
“Dia nak balik rumah dekat kem Bukit Pinang. Bas turunkan dia di sini sebab kawasan rumah dia, bas tak boleh masuk,” tulis pemilik akaun tersebut dalam kapsyen videonya.
Tindakan anggota polis tersebut mendapat pujian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap keprihatinan mereka.
“Sungguh mulia hati abang polis bertiga di bulan yang mulia, semoga Allah membalas kebaikan mereka,” tulis seorang pengguna, Piah.
“Moga panjang umur abang-abang polis yang menolong… di bulan puasa ini… Aamiin,” kata seorang lagi netizen, Nadirah.
“Tak kira apa bangsa, nampak warga emas perlu bantuan, tolong sahaja,” komen Naziran Shela.
Tindakan anggota PDRM ini membuktikan bahawa nilai kemanusiaan dan tanggungjawab sosial tetap menjadi keutamaan dalam menjalankan tugas mereka.
Keprihatinan sebegini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara anggota keselamatan dan masyarakat, tetapi juga menjadi contoh teladan kepada orang ramai untuk terus mengamalkan sikap tolong-menolong dalam kehidupan seharian.
Iklan