Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAJENAYAHAPMM rampas syabu bernilai RM10 juta di dalam bot

APMM rampas syabu bernilai RM10 juta di dalam bot

- Advertisement -

BATU PAHAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya merampas sebanyak 300 kilogram (kg) dadah disyaki jenis Methamphetamine bernilai kira-kira RM10 juta dalam satu operasi di perairan Sungai Ayam, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah Operasi APMM Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, rampasan dilakukan kira-kira jam 1 pagi hasil maklumat risikan berkaitan pergerakan mencurigakan sebuah bot asing.

Menurutnya, sebuah bot ronda APMM digerakkan ke lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 0.8 batu nautika dari Zon Maritim Batu Pahat.

“Menyedari kehadiran pihak berkuasa, dua suspek yang menaiki bot gentian kaca memecut ke kawasan cetek dan terjun ke dalam hutan paya bakau untuk melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Pemeriksaan lanjut menemui 12 guni berwarna putih dan kuning mengandungi bungkusan plastik berisi serbuk kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine atau syabu.

Setiap guni dianggarkan seberat 25 kilogram dengan jumlah keseluruhan rampasan mencecah 300 kilogram.

Dadah tersebut dianggarkan mampu menampung keperluan hampir sejuta penagih.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, dan pihak APMM percaya rampasan ini berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah ke negara jiran melalui perairan negara.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN