Jumaat, 18 Julai 2025
UTAMAJENAYAH“Bau minyak wangi kuat buat saya pening”, juruwang hampir jadi mangsa pukau

“Bau minyak wangi kuat buat saya pening”, juruwang hampir jadi mangsa pukau

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Seorang juruwang lelaki hampir menjadi mangsa pukau oleh dua lelaki warga asing ketika sedang bertugas di sebuah kedai aiskrim di Masjid Putra, di sini baru-baru ini.

Kejadian tersebut dikongsi menerusi satu hantaran video oleh pengguna TikTok @Zans_leer yang turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam detik cemas itu.

@zans_lerr Alkisah nya begini. Ni pengalaman ke-2 jaga cashier aku nak kena pukau. Kejadian jadi dekat putrajaya, Masjid Putra. Tapi pemukau tk berjaya pukau. Foreigner lahanat ni dtg beli aiskrim, and dia cakap dia dari mana aku tktahu tk ingat. Tapi macam org arab lah. Then dia beli aiskrim berharga RM2. Dia acah" Taktahu duit sebb dia kata dia first time dtg sini. So dia bukak dompet dia tunjuk duit dia suruh aku ambik. Aku nampak ade RM2 dalam tu. Dia buat" Tanya duit merah ni berapa ringgit, duit biru ni berapa ringgit, duit hijau ni berapa ringgit. Aku jawab semua, pastu dekat dompet dia tkde rm50 and rm100. So dia nak tengok rm50 dengan rm100 tu warna apa. Then aku nak tunjuk duit tu maybe aku fikir biasalah org luar nk tahu duit negara luar. Lepas tu aku suruh dia tunggu depan kaunter tapi tetiba dia masuk dalam. Okey tkpe aku tunjuk lah duit rm50 and rm100. Bila dia datg dekat. Bau minyak wangi dia terlalu kuat, boleh buat kita pening. So yg ni aku dh tk sedap hati, sebb bau dia ni aku macam kenal masa first aku pernah nak kena pukau. Then lepas aku tunjuk tu, dia cakap dia nak tengok semua rm50 kat dalam tu. Tangan dia siap masuk dalam cashier. Aku dh start baran time tu tepis tangan dia. And hampir nk tumbuk hanat ni. Lepas tu, dari awal dia cakap dia islam sampai 4/5 kali. Ehh aku tk tanya pun kau ni islam ke kafir. Asal asyik cakap kau ni islam padahal aku tak tanya. Start situ aku baran ada marah dia. Aku tunjuk ada cctv apa semua. Terus dia takut keluar dari situ. And dia paksa aku 4/5 kali tunjuk jalan nak pergi tempat change money. Lepas tu aku halau, start dh tk layan dia. And dia blah. Pesanan untuk pekerja di luar sana tambah" Yg jaga cashier atau mana" Bahagian kepada duit. Alert dengan 2 org ni atau siapa" Sahaja. Bila ada foreigner ni mintak tengok duit tak kesah duit apa. Tolong sangat jangan layan. Terlalu bahaya dia dtg dekat dengan bau wangi yg kuat. Bole buat korang pening. Itu adalah taktik diorang nak cuba pukau korang. So hati hati semua. #foryou #alert ♬ original sound – Zans

Menurut juruwang berkenaan, kejadian itu merupakan kali kedua beliau berdepan cubaan pukau oleh individu tidak dikenali ketika bekerja.

“Warga asing ini datang beli aiskrim berharga RM2. Katanya, ini kali pertama dia datang ke Malaysia dan pura-pura tidak tahu nilai duit. Dia buka dompet dan suruh saya ambil duit sendiri sambil tanya nilai wang kertas berwarna merah, biru dan hijau. Dalam dompetnya memang tiada not RM50 atau RM100, jadi dia minta saya tunjukkan warna wang kertas tersebut.

“Saya pun tunjuk sebab fikir dia betul-betul ingin tahu. Tapi tiba-tiba dia masuk ke ruang kaunter dan bau minyak wangi yang sangat kuat mula menusuk hidung sehingga membuatkan saya pening. Masa itu saya terus rasa tak sedap hati kerana bau itu sama seperti pengalaman cubaan pukau sebelum ini,” katanya dalam video berkenaan.

Tambahnya lagi, salah seorang suspek turut cuba memasukkan tangan ke dalam laci tunai ketika meminta melihat kesemua wang kertas RM50 yang ada di kaunter.

“Saya cepat-cepat tepis tangannya dan mula marah. Bila saya tunjukkan rakaman CCTV, mereka terus panik dan bergegas keluar dari kedai,” ujarnya.

Menerusi hantaran sama, juruwang itu turut memberi peringatan kepada pekerja kaunter agar berwaspada sekiranya didatangi pelanggan warga asing yang mencurigakan.

“Kalau ada warga asing minta tengok duit, jangan layan. Bahaya bila mereka datang dekat dengan bau minyak wangi kuat. Itu antara taktik mereka untuk pukau,” katanya lagi.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen berkongsi pengalaman hampir sama dan mengecam tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit.

“Geramnya, sampai masuk kaunter, tangan pun dah seluk dalam laci duit. Jahat geng ni,” kata pengguna bernama @Ilayusoff.

“Melampau sampai masuk tempat ‘cashier’,” komen @Dextrose.

“Saya pernah kena pukau macam ni dulu… Sempat bagi RM200. Cara yang sama, konon nak tahu pasal duit,” ujar seorang lagi pengguna.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan segera melaporkan sebarang kejadian mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN