Khamis, 17 Julai 2025
UTAMAHIBURANBen Amir nafi pindah ke Filipina kerana cinta, dedah impian buka restoran...

Ben Amir nafi pindah ke Filipina kerana cinta, dedah impian buka restoran dan villa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Ben Amir menjelaskan keputusan untuk menetap di Pulau Siargao, Filipina bukanlah disebabkan oleh kekasih, sebaliknya atas keinginan peribadi untuk membina kehidupan dan karier yang lebih mencabar dan bermakna.

Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkata dia sudah lama menyimpan impian untuk tinggal di sebuah pulau dan menyifatkan penghijrahannya sebagai satu bentuk ‘naik taraf’ dalam kehidupannya.

“Saya dah lama rancang nak tinggal di pulau. Bukan sebab seseorang atau hubungan cinta, tapi lebih kepada usaha untuk bina pencapaian sendiri. Lelaki kena sentiasa ‘upgrade’ diri – dari segi karier dan juga mental.

“Saya ke sana sebab nak buka restoran dan villa. Benda ni bukan senang, tapi disebabkan ia susah, saya suka cabar diri. Buat semua ini di negara orang, dekat pulau pula, memang mencabar, tapi saya anggap ini satu langkah besar untuk cipta karier baharu,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala & Tayangan Perdana Gantung: Musketeer Code di GSC Mid Valley, malam tadi.

Tambah Ben, projek restoran dan villa tersebut kini dalam pembinaan dan dijangka siap awal tahun depan, sekali gus menandakan permulaan kerjayanya sebagai ahli perniagaan.

“Saya bahagia dan tenang hidup di sana. Ini fasa baru dalam hidup saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ben turut mengakui sedang berkawan rapat dengan seorang wanita dari Filipina dan hadir bersama kekasihnya di acara malam tersebut, namun enggan terlalu terbuka mengenai kehidupan peribadinya.

“Saya dalam fasa kenal hati budi. Kami dah kenal dua tahun, tapi saya tak suka orang buat spekulasi. Apa-apa yang ingin tahu, lebih baik tanya terus kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Ben tampil dalam filem Gantung: Musketeer Code terbitan Neddo Works, memegang watak Gibbs yang berkawan dengan Ray, Troll dan KJ dalam kisah tahun akhir mereka di sebuah sekolah elit. Filem arahan Nadia Khan ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 5 Jun ini.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN