Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMANASIONALBerita baik peminjam MARA, pengurangan bayaran balik kini ditawarkan

Berita baik peminjam MARA, pengurangan bayaran balik kini ditawarkan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peminjam Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru agar tidak melepaskan peluang menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran yang ditawarkan agensi itu.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa dasar pengurangan bayaran balik pinjaman tersebut telah dipersetujui dan diluluskan oleh Majlis MARA bagi meringankan beban peminjam.

“MARA menawarkan dasar pengurangan bayaran balik pinjaman pelajaran. Terbuka untuk semua. Jangan lepaskan peluang,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Menurut beliau, peminjam boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal e-conversion atau menghantar emel ke alamat penguranganbkk@mara.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, peminjam boleh menghubungi talian careline Bahagian Kawalan Kredit MARA di nombor 03-40108800, 03-40108801 atau 03-40108802.

Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif MARA dalam membantu peminjam melunaskan pinjaman pelajaran mereka, khususnya dalam situasi ekonomi semasa.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN