Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAHIBURAN“Bintang, anak Mekah”, Shuib kongsi kenangan kehilangan bayi tercinta

“Bintang, anak Mekah”, Shuib kongsi kenangan kehilangan bayi tercinta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 41, meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya mata yang baru ‘dipinjamkan’ Allah meskipun hanya seketika, selepas isterinya, Watie Hanifiah mengalami keguguran baru-baru ini.

Dalam hantaran di Instagram, Shuib menyifatkan kehadiran bayi itu sebagai kenangan paling berharga buat keluarganya dan memaklumkan bahawa mereka menamakan bayi tersebut sebagai Bintang, simbolik kepada kehadiran cahaya dalam kehidupan mereka.

“Simpan sini buat kenangan yang dia (bayi) pernah hadir dalam keluarga kami. Namanya Bintang, ‘anak Mekah’. Terima kasih di atas kehadiran walaupun hanya sekejap. Cukup bermakna dan indah buat kami sekeluarga, lebih-lebih lagi mummy,” tulisnya.

Shuib turut berkongsi video momen manis sewaktu menerima berita gembira bakal menimang cahaya mata, dipercayai dirakam ketika mereka menunaikan umrah bersama anak-anak pada April lalu.

Bapa kepada empat anak itu juga memberikan sokongan penuh kepada Watie, yang kini sedang melalui tempoh sukar akibat keguguran.

“Insya-Allah semoga jumpa di syurga. Daddy dan anak-anak sayang mummy. Awak sudah buat yang terbaik, susunan Allah lebih mengetahui,” katanya penuh emosi.

Dalam perkembangan berkaitan, Watie sebelum ini berkongsi bahawa dia mengalami keguguran pada 11 Mei lalu dan telah pun menerima petanda awal melalui mimpi sebelum kejadian itu berlaku.

Untuk rekod, Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri pada 23 Jun 2023. Shuib sebelum ini memiliki empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan arwah isteri terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raissuddin.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN