Selasa, 8 Julai 2025
UTAMASUKANBintang Liverpool Diogo Jota maut kemalangan, Lamborghini terbakar lepas tayar pecah

Bintang Liverpool Diogo Jota maut kemalangan, Lamborghini terbakar lepas tayar pecah

- Advertisement -

MADRID — Bintang bola sepak Portugal dan penyerang Liverpool, Diogo Jota, serta abangnya, Andre Silva, dilaporkan maut dalam satu kemalangan jalan raya di barat laut Sepanyol awal pagi tadi, menurut laporan Reuters.

Menurut kenyataan pihak berkuasa Sepanyol, insiden berlaku berhampiran bandar Zamora apabila kereta jenis Lamborghini yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar selepas dipercayai mengalami tayar pecah ketika cuba memotong kenderaan lain.

Kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik di Zamora untuk proses bedah siasat.

22

Jota, 28, baru sahaja melangsungkan perkahwinan hujung Jun lalu bersama pasangannya yang telah bersamanya selama 10 tahun. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata.

“Kami kehilangan dua juara. Pemergian mereka merupakan kehilangan besar buat bola sepak Portugal. Kami akan sentiasa berusaha untuk menghormati legasi yang mereka tinggalkan,” kata Persekutuan Bola Sepak Portugal dalam kenyataan mengenai Jota dan abangnya Andre, yang bermain untuk kelab divisyen kedua Portugal, Penafiel.

Perdana Menteri Portugal, Luis Montenegro turut menyampaikan ucapan takziah menerusi hantaran di platform X:

“Berita kematian Diogo Jota, seorang atlet yang amat membanggakan Portugal, dan abangnya sungguh mengejutkan dan tragis. Saya merakamkan ucapan takziah yang paling ikhlas kepada keluarga mereka.”

Diogo Jota dikenali sebagai antara tonggak penting Liverpool sejak menyertai kelab itu pada 2020. Sepanjang kariernya di Anfield, beliau menjaringkan 65 gol dalam 182 penampilan dan membantu kelab tersebut memenangi Liga Perdana Inggeris, Piala FA serta Piala Liga.

Dilahirkan di Porto, Jota memulakan kariernya bersama Paços de Ferreira sebelum berhijrah ke Wolverhampton Wanderers pada 2017. Selain kejayaan di peringkat kelab, Jota turut mencatat 49 penampilan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Portugal dan memenangi UEFA Nations League sebanyak dua kali.

Liverpool FC turut meluahkan rasa dukacita dengan pemergian pemain kesayangan mereka:

“Liverpool Football Club berdukacita dengan berita pemergian tragis Diogo Jota. Dia akan sentiasa dikenang sebagai wira di Anfield.”

Dalam satu wawancara terdahulu di laman rasmi Liverpool, Jota pernah berkata:

“Sebagai seorang anak kecil dari Gondomar, menjuarai Liga Perdana adalah impian yang menjadi nyata. Ia momen yang akan saya kenang sepanjang hayat.”

Pemergian dua beradik ini nyata satu kehilangan besar kepada dunia bola sepak — di Portugal, England mahupun di pentas antarabangsa.

Iklan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN