Selasa, 8 Julai 2025
UTAMASEMASABudak tujuh tahun maut jatuh dari tingkat 29

Budak tujuh tahun maut jatuh dari tingkat 29

- Advertisement -

SUBANG JAYA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Taman Pinggiran Prima di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, pihak polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di rumah pengasuh mangsa.

“Kanak-kanak itu dipercayai berada berhampiran tingkap dan terjatuh selepas berdiri di atas kerusi untuk melihat ke luar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima bangunan berkenaan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi kejadian.

Mohd. Fairus berkata, setakat ini tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam insiden tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Keterangan daripada pengasuh telah diambil bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN