Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMASEMASACAAM larang menerbangkan dron di kawasan kebakaran

CAAM larang menerbangkan dron di kawasan kebakaran

- Advertisement -

PUCHONG – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menegaskan orang ramai agar tidak menerbangkan dron di kawasan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Puchong, Selangor bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan.

Dalam kenyataannya, CAAM menjelaskan bahawa larangan ini bertujuan melindungi keselamatan orang awam serta pasukan penyelamat yang menjalankan operasi pemantauan udara di lokasi kejadian.

“Lokasi kejadian ini juga terletak di laluan kritikal penerbangan. Justeru, larangan ini adalah penting bagi memastikan keutamaan diberikan kepada keselamatan pesawat yang sedang beroperasi,” menurut kenyataan itu.

CAAM turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk penggunaan dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3), Peraturan 98, Peraturan 140-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) serta Civil Aviation Directives (CADs).

Orang ramai diminta untuk mematuhi arahan ini bagi mengelakkan sebarang insiden yang boleh membahayakan keselamatan dan operasi penyelamatan di kawasan kebakaran tersebut.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN