Ahad, 20 Julai 2025
UTAMASEMASACheah Liek Hou genggam dua kejuaraan di Thailand

Cheah Liek Hou genggam dua kejuaraan di Thailand

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou membuktikan statusnya sebagai pemain elit apabila berjaya merangkul dua gelaran pada Kejohanan Badminton Para Asia 2025 di Korat, Thailand, sekali gus menjadi persiapan terbaik menjelang Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 tahun depan.

Meskipun masih bergelut dengan kecederaan tumit yang dialami sejak tahun lalu, Liek Hou, 37, tetap menunjukkan semangat juang tinggi dengan meneruskan penyertaan dalam kejohanan, meskipun jumlah pertandingan dikurangkan atas faktor kesihatan.

“Saya dan Dheva (Anrimusthi) sama-sama kurangkan jumlah kejohanan tahun ini kerana mahu pastikan kami berada dalam kondisi terbaik untuk Sukan Para Asia tahun depan,” kata pemenang dua pingat emas Sukan Paralimpik itu.

Dalam aksi perseorangan lelaki SU5, Liek Hou menewaskan seteru tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi, dalam pertarungan sengit tiga set, 21-19, 15-21, 21-19.

Momentum kemenangan diteruskan apabila bergandingan dengan Muhammad Fareez Anuar dalam acara beregu lelaki, menumpaskan pasangan India, Ruthick Ragupathi-Hardik Makkar dengan kemenangan straight set, 21-14, 21-18.

Sementara itu, jurulatih pasukan para negara, Nova Armada, turut memuji persembahan cemerlang pemain Amin Burhanuddin yang memenangi gelaran perseorangan lelaki SL4 selepas menundukkan Surya Kant Yadav dari India, 23-21, 21-15.

“Saya sangat kagum dengan Amin. Walaupun sudah berusia 31 tahun, dia masih berpotensi memenangi pingat di Sukan Paralimpik Los Angeles 2028,” ujar Nova.

Kejayaan ini membuktikan kekuatan skuad badminton para Malaysia dan menjadi pemangkin semangat bagi menghadapi cabaran lebih besar di pentas antarabangsa akan datang.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA