Ahad, 20 Julai 2025
UTAMAJENAYAHDidakwa rogol pelajar tingkatan satu, buruh mengaku tidak bersalah

Didakwa rogol pelajar tingkatan satu, buruh mengaku tidak bersalah

- Advertisement -

KOTA BHARU – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol seorang pelajar Tingkatan Satu dalam dua kejadian berasingan di Ketereh, Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Nasruldin Mohd Faizal, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun 11 bulan di kawasan sawah padi di Ketereh pada jam 11 malam, 13 Mac 2025.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa merogol mangsa sama di ruang tamu sebuah rumah di lokasi yang sama pada jam 12 tengah malam, 20 Mac lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Hasyime Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nurie Abd Rahman.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan kes melibatkan mangsa bawah umur, namun pihak pembelaan merayu jaminan rendah atas alasan tertuduh hanya bekerja sebagai buruh.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Kes akan disebut semula pada 2 Julai 2025.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN
MYBERITA