Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMASEMASADiganggu lelaki berbaju kuning, wanita terkejut dirakam secara rahsia

Diganggu lelaki berbaju kuning, wanita terkejut dirakam secara rahsia

- Advertisement -

SEREMBAN – Seorang wanita bersama keluarganya melalui detik mencemaskan apabila dikejar dan dirakam oleh seorang lelaki tidak dikenali semasa mereka membeli-belah di Mydin Seremban 2, baru-baru ini.

Menurut pemilik akaun X (@kamaghul) yang berkongsi video insiden tersebut, kejadian bermula apabila lelaki berbaju kuning itu dilihat memegang telefon dalam posisi merakam setiap gerak-geri keluarga berkenaan.

“Masuk dalam Mydin, perasan budak ni ikut lagi. Sambil phone tegak merakam. Mungkin kebetulan masuk sekali. Tapi bila ke bahagian lain pun masih ikut. Obvious sangat,” katanya.

Wanita itu kemudiannya memberanikan diri menghampiri lelaki berkenaan untuk memeriksa telefonnya. Hasil pemeriksaan menemui pelbagai gambar dan video wanita mengandung, termasuk rakaman belakang mereka yang telah di-zoom.

“Rupanya ada beberapa video saya siap zoom belakang saya dan beberapa video perempuan mengandung yang lain. Taste memang dengan orang mengandung,” lapor wanita itu.

Lelaki terbabit mengakui bahawa dia mempunyai kecenderungan merakam wanita mengandung sebagai ‘stok’ untuk kepuasan peribadi dan mendakwa sudah lama melakukan perbuatan tersebut tanpa disedari mangsa.

Tinjauan di ruangan komen menunjukkan kebimbangan warganet terhadap keselamatan diri walaupun berada di tempat awam.

“Pergi jogging tak selamat, pergi pasaraya pun tak selamat… risau betul,” luah @Mast851.
“Kadang-kadang tahu seseorang tu bersalah dengan tengok cara dia bereaksi,” tambah @Josephbenjamin.

Kes kini disiasat oleh polis Seremban di bawah Seksyen akta berkaitan gangguan seksual dan privasi. Mangsa dan keluarga turut menerima nasihat keselamatan daripada pihak berkuasa bagi langkah pencegahan insiden seumpama ini pada masa depan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN