Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASADua beranak rentung dalam nahas dua lori di Tapah

Dua beranak rentung dalam nahas dua lori di Tapah

- Advertisement -
Foto ihsan Polis


TAPAH – Dua beranak maut dalam satu kemalangan ngeri membabitkan dua buah lori di Kilometer 331.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Superintendan Mohd. Fadzil Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.02 pagi.

“Siasatan awal mendapati sebuah lori membawa muatan pasir telah melanggar bahagian belakang sebuah lori kontena yang membawa muatan span. Lori yang membawa span itu dipercayai berhenti di lorong kecemasan susur masuk ke R&R Tapah sebelum dilanggar,” katanya.
 
Akibat pelanggaran itu, pemandu lori pasir yang berusia 45 tahun dan kelindannya yang berusia 23 tahun rentung di lokasi kejadian.
 
Bagaimanapun, pemandu lori span, seorang lelaki berumur 43 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tambahnya.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN