Khamis, 17 Julai 2025
UTAMASEMASADua jeti dan sebuah rumah musnah terbakar

Dua jeti dan sebuah rumah musnah terbakar

- Advertisement -

SEKINCHAN – Dua jeti pendaratan ikan dan sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Bagan Sekinchan, pagi ini, turut melibatkan kemusnahan sebuah van dan kereta Perodua Myvi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.57 pagi sebelum mengerahkan 17 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan, BBP Tanjong Karang, dan BBP Sungai Besar ke lokasi kejadian.

“Laporan awal mendapati kebakaran membabitkan deretan jeti pendaratan, sebuah rumah, van, dan Perodua Myvi. Anggaran kemusnahan melibatkan jeti dan rumah sekitar 80 peratus, van 95 peratus, manakala Perodua Myvi lima peratus,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.04 pagi dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN