Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAHIBURANDulu tangisan kesedihan, kini tangisan syukur – Bella Astillah

Dulu tangisan kesedihan, kini tangisan syukur – Bella Astillah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa syukur serta kasih sayang tidak terhingga apabila berpeluang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci, Mekah, pada penghujung Ramadan bersama adiknya, Didi Astillah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella, atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menyifatkan umrah kali ini sebagai satu pengalaman yang lebih bermakna dalam hidupnya.

“Tahun lalu saya datang dengan tangisan kesedihan sehingga sakit dada ketika mengadu kepada-Nya. Kali ini juga menangis di hadapan Kaabah, tetapi atas rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah kerana telah mengabulkan doa yang saya panjatkan pada kunjungan terakhir saya,” luahnya.

Selain berkongsi pengalaman rohaninya, pelakon Aku Tanpa Cintamu itu turut menitipkan pesanan kepada pengikutnya di media sosial agar sentiasa reda dengan ujian hidup.

“Kepada yang sedang bersedih, belajarlah menerima setiap keadaan dengan hati yang lapang kerana itulah erti berdamai dengan takdir. Takdir tidak pernah bertanya tentang penerimaan kita, sama ada suka atau tidak, bahagia atau sebaliknya. Takdir juga tidak peduli tentang proses pemulihan, namun di situlah letaknya kekuatan,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut meluahkan rasa terharu dengan sokongan luar biasa yang diterima sejak kebelakangan ini.

“Tak pernah terfikir akan menerima begitu banyak kasih sayang dan sokongan. Alhamdulillah, terima kasih semua. Semoga doa saya kali ini juga dimakbulkan Allah,” tambahnya.

Bella, yang sebelum ini sering menjadi perhatian ramai selepas menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan peribadinya, kini tampil lebih tenang dan positif, memberi inspirasi kepada ramai pihak dengan ketabahan serta keimanannya.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN