Khamis, 17 Julai 2025
UTAMABELASUNGKAWAEmpat bekas PM hadir beri penghormatan terakhir buat Tun Abdullah

Empat bekas PM hadir beri penghormatan terakhir buat Tun Abdullah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Empat bekas Perdana Menteri Malaysia hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi di Masjid Negara di sini hari ini.

Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi antara yang terawal tiba bagi menziarahi jenazah Allahyarham yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Lah’, sekitar jam 10.40 pagi.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Najib untuk keluar menghadiri penghormatan terakhir serta pengebumian Allahyarham.

Tun Dr Mahathir Mohamad pula tiba kira-kira 50 minit kemudian, diikuti Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 12.20 tengah hari. Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut hadir dan tiba sekitar jam 12.34 tengah hari.

Kesemua pemimpin berkenaan meluangkan masa beberapa minit bertemu ahli keluarga Allahyarham yang berada di sisi jenazah sepanjang upacara berlangsung.

Antara ahli keluarga yang hadir termasuk isteri Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah, anak perempuannya Nori Abdullah serta menantunya, Khairy Jamaluddin.

Tun Abdullah, 85, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN) akibat masalah kesihatan yang berpanjangan.

Jenazah beliau disemadikan dengan penuh penghormatan di Makam Pahlawan selepas selesai solat jenazah di Masjid Negara.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN