Selasa, 8 Julai 2025
UTAMAHIBURANFestival Da Bomb In The Park janjikan pelbagai aktiviti menarik bermula 29...

Festival Da Bomb In The Park janjikan pelbagai aktiviti menarik bermula 29 Mei ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Satu fenomena baharu bakal menggempur Cheras apabila Da Bomb In The Park Festival bakal membuka tirainya di Taman Pudu Ulu bermula 29 Mei hingga 1 Jun ini.

Festival yang unik ini dianjurkan oleh penyanyi dan usahawan popular, Cat Farish, bersama isteri, Shikin Maembong, yang membawa konsep segar gabungan perniagaan keluarga, hiburan dan aktiviti riadah dalam satu platform mega.

Menurut Cat Farish, pengalaman bertahun-tahun mereka menyertai pelbagai acara dan festival di seluruh negara ternyata membuka mata tentang cabaran mendapatkan ruang gerai yang strategik dan besar.

“Setiap kali cuba dapatkan booth besar, peluang sentiasa terhad. Nak dapat island booth pun kena bayar hampir RM10,000. Memang susah nak dapat ruang terbaik,” ujarnya ketika ditemui MYBERITA pada majlis pelancaran Da Bomb In The Park Festival di Tasik Titiwangsa, malam tadi.

Sementara itu, Shikin memberitahu bahawa selepas tiga tahun aktif dalam pelbagai acara, kini mereka mengambil langkah berani menaik taraf perniagaan keluarga dengan menganjurkan festival sendiri.

“Kami mahu kembangkan perniagaan keluarga, adik-beradik dan rakan-rakan sekali gus. Ini peluang untuk kami bina jaringan yang lebih kukuh dan memeriahkan komuniti,” katanya.

Lebih istimewa, Da Bomb In The Park Festival mengangkat nilai kekeluargaan sebagai teras utama, menggabungkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan e-sport, persembahan breakdance, pameran produk kecantikan keluaran keluarga Maembong, jualan makanan viral serta zoo mini khas untuk anak-anak.

Festival ini juga disokong penuh oleh radio rasmi Radio Era serta saluran radio Astro seperti Sinar dan Gegar. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan termasuk sesi solidariti untuk Palestin bersama Zayan dan sembang seram selepas selawat pada hari Jumaat.

Dengan lebih 80 vendor dan penaja terlibat, festival ini dijangka meriah dari pukul 11 pagi hingga 11 malam sepanjang empat hari berlangsung, serta akan diteruskan dengan roadtour ke negeri-negeri lain seperti Kuantan, Johor Bahru dan Perak.

Da Bomb In The Park Festival bukan sahaja membuka ruang perniagaan baharu, malah bakal menjadi acara wajib bagi keluarga dan komuniti yang mahu menikmati hiburan penuh warna dan peluang keusahawanan dalam suasana santai di taman.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN