Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAHIBURANFizo Omar timang anak lelaki, kongsi detik menyentuh hati sambut kelahiran

Fizo Omar timang anak lelaki, kongsi detik menyentuh hati sambut kelahiran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelakon popular tanah air, Fizo Omar atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 40, menyambut kelahiran cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya bersama isteri tercinta, Fazeera Nazri Azrai, semalam.

Fazeera selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.52 kilogram secara normal di sebuah pusat perubatan swasta pada pukul 5.19 petang, 17 Jun 2025.

“It’s a boy, alhamdulillah. Terima kasih atas doa semua. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” tulis Fizo dalam satu hantaran di Instagram miliknya.

Fizo turut meluahkan rasa syukur dan gembira apabila diberi peluang menyambut sendiri kelahiran anaknya, satu pengalaman yang digambarkan sangat menyentuh hati.

“Masya-Allah, satu perasaan yang amat sukar digambarkan. Teruja, sedih, hiba dan bangga – semua bercampur baur apabila melihat zuriat sendiri dilahirkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Soffiya itu turut memuji kekuatan dan pengorbanan isterinya yang bukan sahaja menguruskan anak-anak dalam keadaan hamil, malah masih meneruskan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Alhamdulillah, rezeki Allah. Tiga perempuan dan satu lelaki, semuanya datang bersama kebahagiaan yang melimpah ruah. Syukur atas isteri hebat yang berkorban dalam setiap hal,” katanya.

Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 dan kini dikurniakan dua anak perempuan, Wan Khaleeda, 3, dan Wan Umaira, 2 tahun. Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan, Wan Mariam, 8, daripada perkahwinan terdahulu bersama usahawan Mawar Karim.

Pasangan ini menerima ucapan tahniah dan doa daripada para peminat dan rakan artis di media sosial.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN