Khamis, 17 Julai 2025
UTAMASEMASAGerai churros musnah terbakar, peniaga nyaris jadi mangsa

Gerai churros musnah terbakar, peniaga nyaris jadi mangsa

- Advertisement -
Insiden yang menimpa peniaga dikenali sebagai Alif itu tular di aplikasi TikTok apabila video memaparkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 5 petang, meskipun ketika itu cuaca hujan. (Tangkap layar TikTok)


MELAKA – Seorang peniaga churros nyaris disambar api apabila kuali memasak terbakar dalam kejadian di Bazar Ramadan Semabok Perdana, di sini, petang semalam.
 
Insiden yang menimpa peniaga dikenali sebagai Alif itu tular di aplikasi TikTok apabila video memaparkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 5 petang, meskipun ketika itu cuaca hujan.
 
Menerusi rakaman berdurasi 31 saat yang dimuat naik di akaun TikTok ‘Adicto Churros Melaka’, kelihatan individu berkenaan sedang merakam video di gerainya sebelum tiba-tiba berlaku percikan api dari kuali memasak, menyebabkan dia terkejut.

 
Dalam keadaan panik, peniaga itu sempat menyelamatkan diri meskipun getah saluran masih bersambung dengan tong gas. Bagaimanapun, khemah jualannya tidak dapat diselamatkan dan musnah dalam kebakaran tersebut.
 
Tangkap layar video yang tular turut memaparkan keadaan gerai jualan individu itu selepas insiden berlaku, menunjukkan kesan kebakaran yang menghanguskan struktur khemah serta peralatan perniagaan.
 
Dalam kenyataan menerusi TikTok, peniaga berkenaan reda dengan ujian yang menimpanya ketika mencari rezeki pada bulan Ramadan.
 
“Alhamdulillah, tiada kemalangan jiwa berlaku dan mungkin bukan rezeki kami hari ini. Mungkin ini adalah qada dan qadar ALLAH, kami terima dengan reda,” tulisnya.
 
Kejadian ini mengingatkan semua peniaga agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan aspek keselamatan, terutama ketika menggunakan peralatan memasak berasaskan gas di tapak bazar Ramadan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN