Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAPREMIUMHard Rock Hotel Desaru Coast hargai legasi keluarga jazz terkenal, The Solianos

Hard Rock Hotel Desaru Coast hargai legasi keluarga jazz terkenal, The Solianos

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hard Rock Hotel Desaru Coast baru-baru ini mengadakan acara istimewa Jazz & Blues Tribute Series pada 25 dan 26 April 2025 bagi meraikan keluarga legenda muzik jazz Malaysia, The Solianos.

The Solianos, yang sudah lebih 60 tahun mewarnai dunia muzik negara sejak zaman Alfonso Soliano, pengasas Orkes RTM, membuat persembahan khas bersama band tetap hotel, Ground Breaker.

Acara ini diadakan sempena sambutan Hari Jazz Antarabangsa dan mendapat sambutan hangat daripada peminat muzik serta tetamu hotel yang juga dipenuhi dengan irama jazz dan blues yang memukau, membuktikan kehebatan muzik keluarga ini dari generasi ke generasi.

Yang paling istimewa, The Solianos turut menyumbangkan satu skor muzik tulisan tangan yang sangat jarang dijumpai hasil karya Alfonso Soliano kepada pihak hotel. Lagu berjudul “Blues in Bangkok” itu ditulis pada kertas asal Orkes Radio Malaysia dan merupakan lagu pembukaan yang pernah dimainkan oleh Alfonso di Cat’s Eye Bar, President Hotel Bangkok pada tahun 1967.

Turut diserahkan, satu poster kenangan Alfonso Soliano yang disumbangkan oleh keluarga Merican sempena ulang tahun kelahiran ke-100 sahabat beliau, Tan Sri Ahmad Merican.

Kesemua barangan kenangan ini diserahkan secara rasmi dalam sesi santai Coffee Talk, di mana ahli keluarga Soliano berkongsi cerita menarik tentang sejarah muzik mereka dan jasa Alfonso Soliano dalam dunia jazz Malaysia.

“Kami rasa sangat bertuah kerana menerima sumbangan penuh makna ini daripada The Solianos. Ia bukan sahaja penting buat keluarga mereka, tetapi juga menggambarkan kekayaan muzik Malaysia,” kata Murray Aitken, Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru Coast.

Skor muzik tulisan tangan dan poster tersebut kini dipamerkan secara tetap di Hard Rock Hotel Desaru Coast, bersama koleksi kenangan artis terkenal lain seperti Rihanna, Amy Search, Yuna dan ramai lagi.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN