Khamis, 17 Julai 2025
UTAMAEKONOMIHarga RON97 dan diesel naik, RON95 kekal – MOF

Harga RON97 dan diesel naik, RON95 kekal – MOF

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala RON97 mencatat peningkatan sebanyak tujuh sen seliter, menjadikan harganya RM3.14 bagi tempoh 19 hingga 25 Jun 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter, namun di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak tujuh sen daripada RM2.74 kepada RM2.81 seliter.

“Seiring peningkatan harga pasaran minyak dunia, kerajaan menetapkan harga RON97 pada RM3.14 seliter manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM2.81 seliter,” kata kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, MOF menjelaskan bahawa harga diesel tersebut masih rendah berbanding kadar apungan penuh yang bermula 10 Jun lalu, iaitu sebanyak RM3.35 seliter.

Penetapan harga mingguan produk petroleum ini dibuat berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang digunakan untuk memastikan kestabilan harga runcit bahan api di negara ini.

MOF turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan harga minyak mentah dunia dan menyelaras harga runcit dari semasa ke semasa bagi melindungi kebajikan rakyat serta menjamin kesejahteraan ekonomi negara.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN