Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAPENDIDIKAN"Harumanis Maneh Melecaihhh" menang Anugerah Projek Harapan VISCOM 24

“Harumanis Maneh Melecaihhh” menang Anugerah Projek Harapan VISCOM 24

- Advertisement -

ROMPIN – Projek inovatif bertajuk “Harumanis Maneh Melecaihhh” hasil ciptaan pelajar Diploma Teknologi Media Cetak Politeknik Muadzam Shah telah merangkul Anugerah Projek Harapan sempena pameran Visual Communication Show 2024 (VISCOM 24) anjuran Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual, yang berlangsung semalam.

Projek berinspirasi tempatan ini dibangunkan oleh empat pelajar kreatif iaitu Mohamad Nazirul Nafis Mohd Khairi, Muhammad Nurfikri Zainudin, Muhammad Shahmie Ameer Shahdan, di bawah bimbingan penyelia mereka, Ts. Norizzati Abdul Latif.

Apa yang membezakan projek ini ialah pembungkusan inovatif yang mereka hasilkan untuk buah mangga harumanis. Bungkusan tersebut menggunakan teknologi Modified Atmosphere Packaging (MAP) dengan jenama ethelynn, yang membantu mengekalkan kesegaran buah lebih lama.

fotomyberita (1)
Luar pembungkusan Harummanis – Foto Danial Firdaus

Lebih menarik, reka bentuknya turut menampilkan “window” atau tingkap lut sinar yang membolehkan pengguna melihat buah mangga di dalam bungkusan tanpa perlu membukanya.

Penyampaian projek yang kreatif dan penerapan teknologi pembungkusan pintar telah berjaya memikat hati juri, sekaligus menjadikan Harumanis Maneh Melecaihhh antara projek yang mencuri tumpuan sepanjang pameran berlangsung.

fotomyberita (5)
Ahli kumpulan bersama penyelia – Foto MYBERITA

VISCOM 24 merupakan platform tahunan yang menghimpunkan hasil kerja pelajar dalam pelbagai bidang reka bentuk dan komunikasi visual, serta memberi peluang kepada mereka mempamerkan kreativiti, inovasi dan kemahiran teknikal dalam projek akhir masing-masing.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN