Jumaat, 11 Julai 2025
UTAMAPENDIDIKANIKRAM sumbang duit raya kepada 29 pelajar PUO buat persiapan sambut Syawal

IKRAM sumbang duit raya kepada 29 pelajar PUO buat persiapan sambut Syawal

- Advertisement -

IPOH — Seramai 29 pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) dari pelbagai jabatan pengajian menerima sumbangan kewangan daripada Yayasan Ikram Malaysia dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.

IKRAM melalui program khasnya, Sumbangan Infaq Ramadan, telah menyumbang sebanyak RM2,900 sebagai usaha membantu menampung perbelanjaan para pelajar, khususnya dalam persiapan menyambut Aidilfitri.

Setiap penerima menerima sumbangan sebanyak RM100 seorang yang disampaikan oleh Yang Dipertua IKRAM Ipoh, Dr. Ir. Haji Dzulfida A Razak.

Selain itu, para penerima turut menerima sumbangan kewangan tambahan daripada Pertubuhan Amal Kebajikan Insan (PAKis) serta hasil usaha sama pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) PUO. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Yang Dipertua IKRAM Ipoh, Ir. Megat Shariffudin Ibrahim, serta ahli jawatankuasa Wanita IKRAM Ipoh.

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut IKRAM menyampaikan sumbangan kepada warga PUO sejak program ini mula diperkenalkan pada tahun 2023.

Untuk info, Yayasan Ikram Malaysia telah diperbadankan pada 31 Oktober 2011 mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) di bawah Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2019. Yayasan ini, yang dahulunya dikenali sebagai i-Bantu, terus komited dalam membantu golongan yang memerlukan seperti miskin berkeperluan, orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, anak yatim serta mangsa bencana.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN