KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu komen oleh seorang pengguna Facebook yang juga difahamkan seorang pensyarah dengan gelaran Profesor Kehormat dalam bidang kejuruteraan sungai dari sebuah universiti awam didakwa telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap perdana menteri susulan kejadian banjir kilat yang melanda ibu negara baru-baru ini.
Dalam hantaran yang dikongsi semula oleh ramai pengguna, profesor terbabit dipercayai menulis komen yang disifatkan sebagai biadab malah turut mencetuskan kemarahan ramai pihak.
“Bala bila peliwat jadi PM”
Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan tokoh akademik tersebut yang dianggap telah mencemarkan imej dunia pendidikan tinggi negara.
Antara reaksi yang ditinggalkan oleh netizen.
“Igt walaun bawahan je buat kerja mcm ni x sangka pulak, pengiktirafan tertinggi dlm dunia akademik pun sanggup menghinakn diri turun taraf mcm ni. Betul la bila hati ada masalah hilang rasionaliti.”
“Tetap TIADA adap walaupun bertaraf prof.. Memalukan…”
“Ilmu tanpa adab, sia2..”
“Kerajaan kena ambil tindakan. Takkan just biar macam tu je”
Tindakan individu bergelar Profesor Kehormat ini menimbulkan persoalan besar mengenai tanggungjawab moral dan profesionalisme golongan cendekiawan di negara ini.
Ramai yang menggesa pihak universiti berkenaan dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan tegas jika terbukti berlaku pelanggaran etika.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak universiti berkaitan komen yang dibuat oleh profesor berkenaan.
Namun, ramai pihak menuntut agar integriti institusi akademik dijaga daripada disalahgunakan untuk tujuan politik atau menghina pemimpin negara.