Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMAHIBURAN"Ini adalah persembahan terbaik saya setakat ini" - RayD

“Ini adalah persembahan terbaik saya setakat ini” – RayD

- Advertisement -

SHAH ALAM – Finalis Big Stage Alpha, Ray-D menyifatkan persembahannya di konsert akhir yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam malam tadi sebagai yang terbaik pernah dilakukan sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik.

Ray-D yang diumumkan sebagai naib juara pertandingan tersebut, tidak menyembunyikan rasa bangganya dengan persembahan yang diberikan ketika final, menyifatkan ia sebagai kemuncak pencapaian seninya setakat ini.

“This is my best ever performance yang saya pernah buat dari dulu. Saya rasa final ni is the best performance yang saya pernah buat,” katanya kepada MYBERITA selepas tamat acara.

Mengulas mengenai hala tuju selepas pertandingan, Ray-D turut meluahkan keterujaannya untuk melangkah ke fasa baharu sebagai sebahagian daripada kumpulan baharu Alpha yang dibentuk bersama enam lagi peserta akhir.

Menurutnya, kewujudan Alpha bakal mengisi kekosongan dalam industri muzik tempatan, khususnya dalam genre boyband yang sudah lama tidak muncul di pasaran Malaysia.

“Kita nak Alpha ini jadi boyband yang baru, macam kita tahu boy band dah lama takda di Malaysia. Ini adalah group yang baru. Kita tak sabar nak pergi step seterusnya,” ujar Ray-D.

Naib juara Big Stage Alpha itu turut membawa pulang wang tunai RM20,000 beserta trofi sebagai tanda penghargaan atas prestasinya yang konsisten sepanjang pertandingan.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN