- Advertisement -
.png) |
Foto BERNAMA |
PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, berhubung dakwaan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
Beliau dilihat meninggalkan bangunan SPRM sekitar jam 3.13 petang selepas lebih lima jam dirakam keterangan berkaitan kes terbabit.
Kenderaan berwarna gelap yang membawa Ahli Parlimen Bera itu keluar dari pekarangan SPRM dan beliau sempat melambai ke arah wartawan yang menunggu sejak pagi, namun enggan memberikan sebarang komen kepada media.
Difahamkan, sesi keterangan akan disambung esok bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan oleh pihak SPRM.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan bahawa Ismail Sabri akan kembali ke SPRM esok pada jam 9 pagi.
“Ya, esok pukul 9 pagi,” katanya ringkas.
Iklan