Khamis, 17 Julai 2025
UTAMANASIONALIsmail Sabri tiba di SPRM untuk kali ketujuh pagi ini

Ismail Sabri tiba di SPRM untuk kali ketujuh pagi ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir buat kali ketujuh di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penggubahan wang haram.

Beliau tiba sekitar jam 9.54 pagi dengan menaiki kenderaan Toyota Vellfire berwarna hitam, diiringi kenderaan peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM). Seperti sebelum ini, Ahli Parlimen Bera itu sempat menurunkan tingkap kenderaannya dan melambai ke arah wartawan yang menunggu di perkarangan bangunan SPRM.

Ini merupakan kali ketujuh Ismail Sabri dipanggil memberi keterangan selepas pertama kali hadir pada 19 Februari lalu berkaitan pengisytiharan aset. Beliau juga sebelum ini telah hadir pada 13, 14, 19 dan 20 Mac bagi melengkapkan siasatan pihak berkuasa.

Pada 3 Mac lalu, SPRM mendedahkan penemuan wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta jongkong emas seberat 16 kilogram yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

Siasatan terhadap kes ini dilakukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001, membabitkan perbelanjaan dan perolehan dana untuk tujuan promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia.

Sehingga kini, SPRM belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkembangan lanjut siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN