Sabtu, 19 Julai 2025
UTAMASEMASAJenazah Aisar Azim selamat dikebumikan

Jenazah Aisar Azim selamat dikebumikan

- Advertisement -
Jenazah Aisar Azim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, Sikamat tengah malam tadi.


SEREMBAN – Jenazah Aisar Azim, 17, remaja yang terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Persiaran Senawang 1, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Maqbarak Salimah, Taman Zaitun Indah, di Sikamat pada jam 12.40 tengah malam tadi.
 
Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7.23 malam tadi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) selepas lima hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah dalam kemalangan tersebut.
 
Terdahulu, jenazah Allahyarham Aisar Azim selesai dimandi dan dikafankan di Masjid Kariah Mambau sekitar jam 11.25 malam, sebelum dibawa ke Surau Flat UDA Ampangan untuk disolatkan.
 
Remaja tersebut merupakan mangsa ketiga yang meninggal dunia akibat kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Honda Jazz. Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 8.30 malam Khamis lalu, dua remaja berusia 15 dan 16 tahun maut di tempat kejadian, manakala tiga lagi termasuk pemandu dan penumpang Honda Jazz mengalami kecederaan parah.
 
Suasana di tanah perkuburan dipenuhi dengan suasana pilu ketika pengebumian berlangsung, dengan ahli keluarga serta rakan-rakan Allahyarham hadir memberikan penghormatan terakhir.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN