Khamis, 17 Julai 2025
UTAMAHIBURANKak KM hadiahkan beg mewah untuk kekasih anak, raih perhatian netizen

Kak KM hadiahkan beg mewah untuk kekasih anak, raih perhatian netizen

- Advertisement -
Dalam video yang dimuat naik, pemilik nama sebenar Liana Rosli itu dilihat membawa sebuah kotak hadiah untuk diberikan kepada Riz, kekasih anak gadisnya, Nabila. (Tangkap layar video TikTok @kakkmshop)


KUALA LUMPUR – Perkongsian terbaharu usahawan dan pempengaruh sensasi, Kak KM menerusi TikTok telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial.
 
Dalam video yang dimuat naik, pemilik nama sebenar Liana Rosli itu dilihat membawa sebuah kotak hadiah untuk diberikan kepada Riz, kekasih anak gadisnya, Nabila.

@kakkmshop

Happy birthday Rizz

♬ original sound – Kakkmshop

 
Ketika berada di ruang tamu, Riz kelihatan terkejut dan teruja apabila membuka kotak tersebut yang mengandungi sebuah beg jenama mewah, Versace.
 
“Ini dia (hadiah), selamat hari jadi buat Riz. Riz suka tak?” ujar Kak KM dalam video berkenaan.
 
Perkongsian tersebut mendapat sambutan hangat daripada netizen dengan lebih 118,900 tontonan serta menerima lebih 3,676 tanda suka.
 
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Riz sangat bertuah kerana menerima hadiah istimewa itu daripada ibu kekasihnya.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN